Welcome to my blog :)

rss

Sunday 31 July 2011

Stop Smoking




I have nothing to say about this,
but...
STOP SMOKING 
please...!!
It's NOT GOOD for our HEALTH!!

Saturday 30 July 2011

Ramadhan Nanti


Syaaban ingin pergi sayu menghiba diri,
Ramadhan ingin kembali riang bersua lagi,
Merangkak kita di lantai masa bersilang hari,
Merebak bulan di ufuk senja tahun berganti.
Telah terukir juga terzahir di bibir muara,
Akan kita insan yang sentiasa lupa dan lara,
Hidup bertunjangkan nafsu sesedap rasa,
Bermain dengan bara-bara yang penuh noda.
Dosa, bila diungkitkan tentang Neraka,
Lalu diselitkan tentang ajal yang menyusul tiba,
Insan baru padanya terkhabar dari lamunan,
Pantas dirinya menadah tangan mencari Tuhan.
Maka sedar tika alpa dosa inginkan pahala,
Alpa dalam bicara nafsu inginkan puasa.
Credit to : NURILLA88

Tuesday 24 May 2011

Sekadar Berkongsi


Al-Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik; Dia menjawab : 


Jika wanita solehah dan beragama = 1. 


Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10. 


Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100. 


Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000. 


Tetapi, jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"...



~ Sharing is Caring ~

Saturday 30 April 2011

Kebesaran Allah


Keajaiban Nombor Dalam Al-Quran...
Dr. Tariq Al-Suwaidan dan buku terbitannya “The Series Of Scientific Miracles In Al-Quran” telah memperlihatkan kepada kita satu jujukan nombor di dalam Al-Quran yang perlu diketahui. Jujukan nombor-nombor ini bukanlah satu kebetulan, bahkan mukjizat Allah kepada RasulNya, Nabi Muhammad S.A.W.

Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS:PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DRPD IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 14 kali
JIHAD - 14 kali
EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
DAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 118 kali
KESABARAN - 118 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

* LAUT dan DARATAN, 32+13=45, justeru…
peratusan laut, = 32/45 x 100 = 71.11111111%
peratusan daratan, = 13/45 x 100 = 28.88888889%

Kajian sains telah menunjukkan air meliputi 71.111% daripada bumi dan tanah meliputi 28.889%. SUBHANALLAH…Inilah bukti kebesaran Allah…

Wednesday 27 April 2011

Bila Doa Mudah Dan Cepat Dikabulkan?


Berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Ia adalah pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak ke atas segala yang berlaku, manakala dari segi yang lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah S.W.T. 

Sementara itu doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan. Maka tidak hairan di dalam Islam setiap langkah sesuatu perbuatan, ada doa-doa tertentu yang digalakkan supaya diamalkan sama ada sebelum memulakan sesuatu perbuatan ataupun selepas melakukannya. 

Kelebihan atau fadhilat doa itu pula amat besar dan banyak sekali. Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan kesusahan terhindar. Pendeknya, jika Allah menghendaki dan merestui doa hambaNya, tidak ada satu daya kuasa pun yang dapat menghalangnya dan Allah tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa itu. 

Persoalan yang timbul sekarang ini ialah bilakah waktunya doa mudah dan cepat dikabulkan? 


Apabila seorang hamba berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkan doanya dan tidak akan membiarkan doanya itu kosong sahaja. Tetapi perlu diingat bahawa untuk mendapat doa yang dimakbulkan, adab-adab atau peraturan berdoa mestilah dipelihara oleh setiap orang yang berdoa. 

Di antara tuntutan dan etika berdoa itu ialah: 

• Memelihara sumber rezeki seperti makan, minum dan pakaian daripada sumber yang haram. 

• Berwudhuk dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah serta berselawat kepada Rasulullah S.A.W.

• Berdoa dengan jalan bertawassul dengan amal soleh. 

• Berdoa dengan mengadap kiblat, mengangkat dua tangan dan menyapu kedua tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa. 

• Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan. 

• Berdoa dengan disertai keredhaan hati, khusyuk jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring serta diiringi dengan perasaan takut terhadap azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya. 

• Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya. 

• Berterusan berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa dengan menganggap doa tidak dikabulkan. 

• Memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat atau ketika doa mudah dan cepat dikabulkan. Diantaranya: 

i. Di satu pertiga akhir waktu malam dan selepas menunaikan sembahyang fardhu. 

ii. Ketika Lailatul Qadar. 

iii. Hari Arafah. 

iv. Di bulan Ramadhan. 

v. Hari dan malam Jummat. 

vi. Di antara azan dan iqamah. 

vii. Ketika berhadapan dengan musuh di dalam peperangan. 

viii. Ketika sujud di dalam solat. 

xi. Ketika mendengar ayam berkokok. 

x. Ketika waktu hujan. 

xi. Ketika meminum air Zam-Zam. 

xii.Ketika membaca al-Qur’an terutama apabila khatam. 

xiii Di tempat-tempat yang mulia kerana keberkatan dan kemuliaannya yang dikurniakan oleh Allah seperti di Masjid Al-Haram, masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa. 

Begitulah etika dan waktu doa mudah dimakbulkan. Berdoa menunjukkan ingatan kepada Allah Yang Maha Kuasa. Mengingati Allah hendaklah dilakukan pada setiap masa, sama ada di waktu senang mahupun susah. Begitulah juga dengan amalan berdoa, hendaklah dilakukan setiap masa, lebih-lebih lagi di waktu senang dan susah, maka doa akan mudah diperkenankan. 

Nabi S.A.W. bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.

Maksudnya : "Sesiapa yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu senang". 
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Monday 14 March 2011

Mengapa Piring Astro Menghadap Kiblat??


Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya, cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?


KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak, jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al-Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.


Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.


"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke BULAN, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.


"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan, di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh... Bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.


Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.


"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya.


Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of The Earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau di tengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.


Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaranNya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini...=)


Credit to : MFY87 (JU)

Saturday 5 March 2011

Petua Imam As-Syafi'e

Empat perkara menguatkan badan :

1. Makan daging

2. Memakai haruman

3. Kerap mandi

4. Berpakaian dari kapas



Empat perkara melemahkan badan :

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)

2. Selalu cemas

3. Banyak minum air ketika makan

4. Banyak makan bahan yang masam



Empat perkara menajamkan mata :

1. Duduk mengadap kiblat

2. Bercelak sebelum tidur

3. Memandang yang hijau

4. Berpakaian bersih



Empat perkara merosakkan mata :

1. Memandang najis

2. Melihat orang dibunuh

3. Melihat kemaluan

4. Membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran :

1. Tidak banyak berbual kosong

2. Rajin bersugi (gosok gigi)

3. Bercakap dengan orang soleh

4. Bergaul dengan para ulama



4 Cara Tidur :

 1. Tidur Para Nabi
 Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

 2. Tidur Para Ulama' Ahli Ibadah
 Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

 3. Tidur Para Raja Yang Haloba
 Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

 4. Tidur Syaitan
 Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



Credit to : Ukhti Aisyah Ismii (KD)

Friday 25 February 2011

Amalan Untuk Kejayaan Di Akhirat

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebesar lautan :-

1) Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2) Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3) Mengucap Astaghfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4) Mengucap InsyaAllah jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.
5) Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tidak disukai dan tidak diingini.
6) Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un jika menghadapi dan menerima musibah.
7) Mengucap La ilaha illAllah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tidak terpisah dari lidahnya. 



(Hadis Riwayat : Hanafi)

Sunday 20 February 2011

4 In 1

~ Air Mata Taubat ~

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah S.W.T. Beliau sujud diatas gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.
Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."



~ Apa Yang Akan Ditanya : Dalam Sehari Ada 24 Jam ~

Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk.

Pertanyaan itu ialah : "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?"



~ Tiga Cahaya Di Hari Kiamat ~

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

1.Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

2.Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

3.Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.


Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

"Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."



~ Kala Jengking Neraka ~

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy", berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Maka Malaikat Jibril pun bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang :

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak."

Friday 11 February 2011

Hati Dan Iman Semut

Pada zaman Nabi Allah Sulaiman, berlaku satu peristiwa antara Baginda dan seekor semut.
Apabila Baginda ternampak semut itu melata di atas batu, Baginda berasa sangat hairan bagaimanakah seekor semut kecil boleh hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Lalu Baginda pun bertanya kepadanya : "Wahai semut, apakah engkau yakin ada makanan yang cukup untukmu?". Semut pun menjawab : "Rezeki di tangan ALLAH. Aku percaya dan yakin di atas batu yang kering di padang pasir yang tandus ini pon ada rezeki untukku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya : "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan sebulan? Dan apakah yang engkau gemar makan?" Maka jawab semut : "Aku hanya makan sekadar sebiji gandum sebulan".

Lantas baginda pun mencadangkan : "Kalau engkau hanya makan sebiji gandum sebulan, tidak perlulah engkau melata di atas batu. Aku boleh menolongmu". Kemudian Nabi Allah Sulaiman pun mengambil sebiji bekas lalu diletakkan semut didalamnya beserta sebutir gandum. Kemudian Baginda meninggalkan bekas tersebut selama sebulan.

Apabila cukup sebulan Nabi Allah Sulaiman mendapati gandum itu hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Baginda menemplak semut : "Engkau rupanya berbohong padaku!. Bulan lalu engkau katakan bahawa engkau makan sebiji gandum sebulan. Ini sudah sebulan, tetapi engkau hanya makan setengah!"

Jawab semut : "Aku tidak berbohong! Aku tidak berbohong! Sekiranya aku berada di atas batu, aku pasti akan makan apa jua sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum untuk sebulan. Ini kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah, dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi apabila engkau memasukkan aku sebiji gandum ke dalam bekas, rezeki aku bergantung pada engkau. Aku tidak percaya pada manusia, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya ianya tahan untuk dua bulan. Aku takut engkau lupa…"

Itulah Iman Semut!!

Friday 4 February 2011

Let Be The Woman That He Can Be Proud Of!!

If you have a man who treats you right, loves you with no make-up and heels on, admires when you gain some weights (!), brings you to the park when you feel like to, well then what do you do for him? Ladies, we should treat our man the way he deserves to be treated and make him feel like he is A man!

Admire him
The number one way to get a man’s attention? Hurm, how? Actually, man loves to be adored and admired. Don’t be fake and don’t layer it on. But do be genuine and real and let him know how important he is to you. Compliment him on things he’s good at and his physical qualities. Tapi tapi! Be honest with it. Never ever do it when you don’t mean it.

Ask for his help
Man loves to feel needed! This is serious girls! Especially by their sweetheart. Ask him to help you do something or figure out the answer to a problem. Ask him to show you how to do something or to give you advice for a tough situation. He will definitely deliver for you! Man is unbelievable creature if you know how to handle them!

Be a good listener
Man may not be as talkative as woman is, but they still have things to say and emotions to vent or bad days they want to discuss. Learn to let him talk sometimes too! You’ll find that not only he will open up more to you, but he will trust you enough to talk to you about his feelings! Trust me! Lend him an ear when he wants to!

Believe in him
Did you know that a man can do anything if he has a woman who truly believes in him? And even if he doesn’t succeed by someone else’s standard’s he gave it his very best shot. Be that woman for your man! Be his driving force, his reason for doing what he does. Believe in him no matter what and he will succeed!

Do things for him
Do the things he likes! Cook his favorite foods, buy his favorite snack foods, wear the outfit he loves on you. Do little things he can appreciate. It will show him that you pay attention and he will fall that much more in love with you!

Don’t cut him down
Cutting down your man is the number one top way to make him feel like an idiot. Men have ego’s the size of Gunung Everest! Don’t discredit about his appearance, abilities or performances especially around others! Even if what you’re going to say is true, keep it to yourself and replace it with something good. Well enough said, they always want to be the best among the rest and hey, sometimes they can be such a weird when they think that whatever they say or do are okay and correct compared to what comes from us. That is normal. So, take notes and be prepared!

Respect him
Never overlook this important component! Respect builds the foundation of your relationship. If your man doesn’t get respect from you he may look for it somewhere else! The definition of respect in the dictionary is: due regard for the feelings, wishes, rights or traditions of others. Make sure you give your man the respect he deserves.


Well girls, recognize your man for the true man he is. Be the woman that he can be proud of! Your relationship will get better and better if you apply these ideas! Real men are few and far between these days so if you have one take good care of him! 


Credit to : Aisyah a.k.a julietdeorange