Welcome to my blog :)

rss

Sunday 8 April 2012

Kehebatan Wanita


Sedarilah wahai insan istimewa yang bernama wanita, bahawa kelembutan bukan kelemahan, bukan jua penghinaan dari Tuhan, bahkan sebagai hiasan kecantikan..Allah Maha Adil...=)

Sunday 31 July 2011

Stop Smoking




I have nothing to say about this,
but...
STOP SMOKING 
please...!!
It's NOT GOOD for our HEALTH!!

Saturday 30 July 2011

Ramadhan Nanti


Syaaban ingin pergi sayu menghiba diri,
Ramadhan ingin kembali riang bersua lagi,
Merangkak kita di lantai masa bersilang hari,
Merebak bulan di ufuk senja tahun berganti.
Telah terukir juga terzahir di bibir muara,
Akan kita insan yang sentiasa lupa dan lara,
Hidup bertunjangkan nafsu sesedap rasa,
Bermain dengan bara-bara yang penuh noda.
Dosa, bila diungkitkan tentang Neraka,
Lalu diselitkan tentang ajal yang menyusul tiba,
Insan baru padanya terkhabar dari lamunan,
Pantas dirinya menadah tangan mencari Tuhan.
Maka sedar tika alpa dosa inginkan pahala,
Alpa dalam bicara nafsu inginkan puasa.
Credit to : NURILLA88

Tuesday 24 May 2011

Sekadar Berkongsi


Al-Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik; Dia menjawab : 


Jika wanita solehah dan beragama = 1. 


Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10. 


Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100. 


Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000. 


Tetapi, jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"...



~ Sharing is Caring ~

Saturday 30 April 2011

Kebesaran Allah


Keajaiban Nombor Dalam Al-Quran...
Dr. Tariq Al-Suwaidan dan buku terbitannya “The Series Of Scientific Miracles In Al-Quran” telah memperlihatkan kepada kita satu jujukan nombor di dalam Al-Quran yang perlu diketahui. Jujukan nombor-nombor ini bukanlah satu kebetulan, bahkan mukjizat Allah kepada RasulNya, Nabi Muhammad S.A.W.

Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS:PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DRPD IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 14 kali
JIHAD - 14 kali
EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
DAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 118 kali
KESABARAN - 118 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

* LAUT dan DARATAN, 32+13=45, justeru…
peratusan laut, = 32/45 x 100 = 71.11111111%
peratusan daratan, = 13/45 x 100 = 28.88888889%

Kajian sains telah menunjukkan air meliputi 71.111% daripada bumi dan tanah meliputi 28.889%. SUBHANALLAH…Inilah bukti kebesaran Allah…

Wednesday 27 April 2011

Bila Doa Mudah Dan Cepat Dikabulkan?


Berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Ia adalah pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak ke atas segala yang berlaku, manakala dari segi yang lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah S.W.T. 

Sementara itu doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan. Maka tidak hairan di dalam Islam setiap langkah sesuatu perbuatan, ada doa-doa tertentu yang digalakkan supaya diamalkan sama ada sebelum memulakan sesuatu perbuatan ataupun selepas melakukannya. 

Kelebihan atau fadhilat doa itu pula amat besar dan banyak sekali. Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan kesusahan terhindar. Pendeknya, jika Allah menghendaki dan merestui doa hambaNya, tidak ada satu daya kuasa pun yang dapat menghalangnya dan Allah tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa itu. 

Persoalan yang timbul sekarang ini ialah bilakah waktunya doa mudah dan cepat dikabulkan? 


Apabila seorang hamba berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkan doanya dan tidak akan membiarkan doanya itu kosong sahaja. Tetapi perlu diingat bahawa untuk mendapat doa yang dimakbulkan, adab-adab atau peraturan berdoa mestilah dipelihara oleh setiap orang yang berdoa. 

Di antara tuntutan dan etika berdoa itu ialah: 

• Memelihara sumber rezeki seperti makan, minum dan pakaian daripada sumber yang haram. 

• Berwudhuk dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah serta berselawat kepada Rasulullah S.A.W.

• Berdoa dengan jalan bertawassul dengan amal soleh. 

• Berdoa dengan mengadap kiblat, mengangkat dua tangan dan menyapu kedua tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa. 

• Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan. 

• Berdoa dengan disertai keredhaan hati, khusyuk jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring serta diiringi dengan perasaan takut terhadap azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya. 

• Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya. 

• Berterusan berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa dengan menganggap doa tidak dikabulkan. 

• Memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat atau ketika doa mudah dan cepat dikabulkan. Diantaranya: 

i. Di satu pertiga akhir waktu malam dan selepas menunaikan sembahyang fardhu. 

ii. Ketika Lailatul Qadar. 

iii. Hari Arafah. 

iv. Di bulan Ramadhan. 

v. Hari dan malam Jummat. 

vi. Di antara azan dan iqamah. 

vii. Ketika berhadapan dengan musuh di dalam peperangan. 

viii. Ketika sujud di dalam solat. 

xi. Ketika mendengar ayam berkokok. 

x. Ketika waktu hujan. 

xi. Ketika meminum air Zam-Zam. 

xii.Ketika membaca al-Qur’an terutama apabila khatam. 

xiii Di tempat-tempat yang mulia kerana keberkatan dan kemuliaannya yang dikurniakan oleh Allah seperti di Masjid Al-Haram, masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa. 

Begitulah etika dan waktu doa mudah dimakbulkan. Berdoa menunjukkan ingatan kepada Allah Yang Maha Kuasa. Mengingati Allah hendaklah dilakukan pada setiap masa, sama ada di waktu senang mahupun susah. Begitulah juga dengan amalan berdoa, hendaklah dilakukan setiap masa, lebih-lebih lagi di waktu senang dan susah, maka doa akan mudah diperkenankan. 

Nabi S.A.W. bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.

Maksudnya : "Sesiapa yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu senang". 
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Monday 14 March 2011

Mengapa Piring Astro Menghadap Kiblat??


Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya, cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?


KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak, jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al-Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.


Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.


"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke BULAN, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.


"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan, di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh... Bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.


Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.


"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya.


Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of The Earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau di tengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.


Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaranNya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini...=)


Credit to : MFY87 (JU)