Welcome to my blog :)

rss

Tuesday 30 November 2010

AZAM



Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi,
Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran,
Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
'Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu'

Friday 26 November 2010

Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya. Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair
“Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata “Barangkali” dan “Kalau”.
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan “Inna lillahi wainna ilaihi raji’un”. Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : “Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada suatu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya yang membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas.
Belum sempat daging itu diletakkan di hadapan Qais, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman
“Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim”. Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada dalam kamus hidupnya perkataan “kalau” atau “barangkali”. Hatinya tidak terasa dia “tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah, yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

* Kesimpulannya : Awasilah diri dari sifat pemarah... Sesungguhnya sifat pemarah itu datangnya dari syaitan... Lagipun, marah-marah tu tak bagus untuk kesihatan... Fikir-fikirlah ye...=)

Wednesday 10 November 2010

Kewujudan Allah

Ada seorang lelaki pergi ke kedai rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara. Tapi apabila mereka mula berbicara mengenai Allah, barber itu pun berkata, "Saya tak percaya Allah itu wujud". "Kenapa kamu berkata begitu?" tanya si lelaki tadi.
>>>>>>>>>>>>>>> "Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sangat orang sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar? Kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ni. Saya tak dapat bayangkan Allah Yang Maha Penyayang Boleh membenarkan semua ini berlaku".
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi. Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata, "Kamu tahu tak yang sebenarnya barber juga tidak wujud?". "Kenapa kamu kata macam tu? Sedangkan saya baru saja gunting rambut kamu tadi." kata barber. "Tidak!" Kata si lelaki tadi. "Kalau barber wujud, dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang dan tidak terurus dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu". "Ah! Barber memang wujud! Lelaki itu jadi macam tu sebab dia tidak datang pada saya untuk menggunting rambutnya!" kata barber. "Tepat sekali!". Kata si lelaki tadi. "That's the point!. Allah juga wujud. Itulah yang terjadi (keperitan & penderitaan) jika manusia tidak mengingatiNya dan kembali padaNya untuk memohon pertolonganNya."