Welcome to my blog :)

rss

Sunday 24 October 2010

C.I.N.T.A


Cinta bukannya mencari yang sempurna,

Tapi...

Menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Jangan katakan AKU CINTA PADAMU,

Bila kau tidak benar-benar peduli...

Jangan bicara soal PERASAAN,

Bila ia tiada...

Jangan kau SENTUH HIDUP seseorang,

Bila berniat memainkan hatinya...

Jangan TATAP mata seseorang,

Jika itu satu pembohongan...

Dan...

Hal paling KEJAM...

Bila kau membuat seseorang itu JATUH CINTA,

Sedangkan kau tidak menerimanya,

Di saat dia JATUH...

Saturday 23 October 2010

Apabila Ingin Bersahabat...


Apabila kita ingin bersahabat, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan, kita akan menjauhinya...

Andai kita ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukan, kita akan membencinya...

Andai kita inginkan seorang teman, janganlah kerana keceriaannya, kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kita mungkin akan menyalahkannya...

Andai kita ingin sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kita mungkin akan memfitnahnya...

Andai kita ingin bersahabat, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa...
Jangan diharapkan terlalu sempurna, kerana kita sendiri pun tidak tahu apakah diri kita sudah cukup sempurna mengikut kehendak Allah S.W.T. yang sebenar-benarnya...

* Bersederhanalah dalam persahabatan, insyaAllah kita tidak akan melihat kelemahan itu sebagai satu kelemahan...=)

Thursday 21 October 2010

Keazaman Untuk Berjaya


Di atas kegagalan anda semalam,
Binalah bangunan hidupmu buat hari esok..
Letakkan batu-bata tujuan yang teguh,
Dan sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam..
Ukirkan menara-menara yang hebat,
Bagi membenam lembah-lembah air mata kehampaan..
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan..
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang..
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan...


Berjayalah orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia...
( Al-Mu’minun : 1-3 )


* Bittaufiq wan najah buat anda yang bakal menduduki peperiksaan... "Usaha Tangga Kejayaan..." =)

Wednesday 20 October 2010

Teka-Teki Imam Al-Ghazali

> > Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka-Teki) :
> >
> > Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
> > Murid 1 = "Orang tua"
> > Murid 2 = "Guru"
> > Murid 3 = "Teman"
> > Murid 4 = "Kaum kerabat"
> > Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran : 185)".
> >
> > Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
> > Murid 1 = "Negeri Cina"
> > Murid 2 = "Bulan"
> > Murid 3 = "Matahari"
> > Murid 4 = "Bintang-bintang"
> > Iman Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
> >
> > Iman Ghazali = "Apa yang paling besar di dunia ini?"
> > Murid 1 = "Gunung"
> > Murid 2 = "Matahari"
> > Murid 3 = "Bumi"
> > Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
> >
> > IMAM GHAZALI = "Apa yang paling berat di dunia?"
> > Murid 1 = "Baja"
> > Murid 2 = "Besi"
> > Murid 3 = "Gajah"
> > Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah".
> >
> > Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
> > Murid 1 = "Kapas"
> > Murid 2 = "Angin"
> > Murid 3 = "Debu"
> > Murid 4 = "Daun-daun"
> > Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat".
> >
> > Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"
> > Murid- Murid dengan serentak menjawab = "Pedang"
> > Imam Ghazali = "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri".