Welcome to my blog :)

rss

Tuesday, 7 December 2010

Batuk Kering

Apakah batuk kering?
Batuk kering adalah disebabkan oleh jangkitan kuman 'tubercle bacilli'. Ia disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai 'pulmonary tuberculosis'. Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana 8 juta mempunyai jangkitan yang aktif. Sebanyak 2 juta pesakit maut. Pada tahun 2003, sebanyak 15 912 kes batuk kering direkodkan di Malaysia dan 966 dari padanya maut.


Tanda dan Gejala
# Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
# Batuk berdarah
# Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
# Hilang selera makan atau turun berat badan
# Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
# Mudah letih dan lemah


Rawatan
Rawatan batuk kering di Malaysia menggunakan sistem DOTS (Directly Observed Treatment Short course)yang diiktiraf oleh World Health Organization. Ia bermaksud ubat diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu. 
  1.  Rawatan perlu diambil selama 6 bulan
  2.  Ubat hendaklah diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan terlatih sepanjang rawatan
  3.  Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali seminggu selama 4 bulan
  4.  Sekiranya rawatan diikuti sepenuhnya pesakit dapat sembuh


Pencegahan
  1. Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.
  2. Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
  3. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut.
  4. Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat membunuh bakteria di udara.
  5. Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik.
  6. Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.

1 comments:

armouris said...

lagi info tentang batuk kering di SIHAT SELALU - Rawatan dan Langkah Pencegahan Batuk Kering (Tibi)

Post a Comment