Welcome to my blog :)

rss

Saturday 23 October 2010

Apabila Ingin Bersahabat...


Apabila kita ingin bersahabat, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan, kita akan menjauhinya...

Andai kita ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukan, kita akan membencinya...

Andai kita inginkan seorang teman, janganlah kerana keceriaannya, kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kita mungkin akan menyalahkannya...

Andai kita ingin sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kita mungkin akan memfitnahnya...

Andai kita ingin bersahabat, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa...
Jangan diharapkan terlalu sempurna, kerana kita sendiri pun tidak tahu apakah diri kita sudah cukup sempurna mengikut kehendak Allah S.W.T. yang sebenar-benarnya...

* Bersederhanalah dalam persahabatan, insyaAllah kita tidak akan melihat kelemahan itu sebagai satu kelemahan...=)

0 comments:

Post a Comment